Setiap detik, teknologi terkini dicipta untuk memudahkan cara kerja yang bermanfaat bagi manusia sejagat dalam pelbagai bidang termasuk teknologi maklumat, perubatan, pengangkutan, dan infrastruktur tenaga. Salah satu teknologi inovasi yang telah mengubah cara hidup dan komunikasi manusia ialah teknologi tanpa wayar.
Teknologi Tanpa Wayar
Perkhidmatan tanpa wayar adalah perkembangan terkini teknologi dalam era baru telekomunikasi. Begitupun, teknologi tanpa wayar ini telah bermula seabad yang lalu apabila Guglielmo Marconi melakar sejarah dalam teknologi tanpa wayar. Beliau dapat menghantar dan menerima gelombang radio merentasi jarak jauh.
Teknologi tanpa wayar terus berkembang dan merupakan teknologi yang sangat bermanfaat untuk tentera bagi menghantar arahan atau signal rahsia.
Tanpa wayar terbukti sangat berguna sebagai medium komunikasi dalam pelbagai bidang termasuk perniagaan dan pendidikan. Ramai yang telah bertukar daripada rangkaian setempat (LAN) berwayar kepada LAN tanpa wayar. LAN tanpa wayar (WLAN) pertama digunakan pada 1971 apabila teknologi rangkaian bertemu komunikasi radio di Universiti Hawaii dalam projek ALOHNET. WLAN ini membolehkan komunikasi antara pulau-pulau di Hawaii.
Rangkaian Tanpa Wayar
Dalam tahun 1980an, Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan (FCC) mencadangkan 802.11 sebagai piawai rangkaian tanpa wayar IEEE. Matlamat 802.11 ialah untuk mempiawaikan perkembangan rangkaian tanpa wayar dalam jalur frekuensi yang digunakan dalam pelbagai bidang industri, sains dan perubatan. Jalur ini termasuklah bagi frekuensi 902-928 MHz, 2400-2483.5 MHz dan 5725-5850 MHz yang tidak memerlukan lesen selagi peralatan yang digunakan memenuhi peraturan FCC.
http://www.angelfire.com/zine2/zainul/teknologi.htm
About Me
- Yeh
- Kg.Gajah, Perak, Malaysia
- BIARLAH SEDERHANA DLM SEGALA HAL YANG PENTING BAHAGIA.
Mari Memancing Bersama Saya
LA TAHZAN
Hadapilah hidup ini apa adanya. Kawal jiwa anda untuk dapat menerima dan menikmatinya. Bagaimanapun, tidak mungkin semua kawan akan ikhlas kepada anda dan tidak semua perkara sempurna pada padangan anda, kerana keikhlasan dan kesempurnaan itu bukan ciri dan sifat hidup di dunia.
Sesiapa yang mampu menguasai emosinya, mengawal akalnya dan menimbang segalanya dengan betul maka ia akan mempu pula melihat kebenaran, akan dapat mengetahui jalan yang lurus dan akan menemukan hakikat.
Sesiapa yang mampu menguasai emosinya, mengawal akalnya dan menimbang segalanya dengan betul maka ia akan mempu pula melihat kebenaran, akan dapat mengetahui jalan yang lurus dan akan menemukan hakikat.