About Me

My photo
Kg.Gajah, Perak, Malaysia
BIARLAH SEDERHANA DLM SEGALA HAL YANG PENTING BAHAGIA.

Mari Memancing Bersama Saya

Mari Memancing Bersama Saya

LA TAHZAN

Hadapilah hidup ini apa adanya. Kawal jiwa anda untuk dapat menerima dan menikmatinya. Bagaimanapun, tidak mungkin semua kawan akan ikhlas kepada anda dan tidak semua perkara sempurna pada padangan anda, kerana keikhlasan dan kesempurnaan itu bukan ciri dan sifat hidup di dunia.

Sesiapa yang mampu menguasai emosinya, mengawal akalnya dan menimbang segalanya dengan betul maka ia akan mempu pula melihat kebenaran, akan dapat mengetahui jalan yang lurus dan akan menemukan hakikat.



Saturday, 3 April 2010

Apakah Teknologi dalam Pendidikan

"Educational technology is a process of using our knowledge, which includes the body of knowledge in the entire field of education and any pertinent scientific and technical knowledge in all other disciplines, for designing the most appropriate learning environment for student success"

Domain teknologi pendidikan haruslah dilihat secara lebih meluas agar peranan guru bukan hanya tertumpu pada penggunaan perkakasan dan perisian sahaja tetapi menjangkau aspek-aspek mereka bentuk pengajaran (instructional design) dalam usaha menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif dan menyeronokkan ke arah kecemerlangan pelajar-pelajar.


GURU PERMULAAN Oleh DR. ISMAIL ZAIN (drismailzain@yahoo.com)

Definisi : -
Teknologi dalam pendidikan membawa pengertian yang sangat luas. Ia merupakan segala jenis media atau sumber dan juga pengetahuan yang dapat dimanafaatkan serta menyumbang kepada pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

Kepentingan Teknologi dalam Pendidikan :-
Teknolgi dalam pendidikan dapat memberi impak positif dalam Pengajaran & Pembelajaran. P&P menjadi lebih jelas dan tepat dari aspek ilmu pengetahuan dan konsep yang ingin disampaikan. P&P akan menjadi lebih bermakna dan berkesan.

Isu & Cabaran Pengintegrasian Teknolgi di dalam Bidang Pendidikan :-
Dalam hal ini guru-guru perlulah mempunyai ilmu pengatahuan teknolgi dengan mengambil kira semua aspek sumber manusia dan bukan sumber manusia untuk diintegrasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Masalah Penggunaan Teknologi di dalam Bidang Pendidikan :-
Walaupun ada pelbagai masalah yang ditimbulkan oleh segelintir guru-guru dalam penggunaan teknologi dalam pendidikan seperti masalah masa, tempat, perkakasan dan juga intelek, tetapi pada saya itu hanya alasan mereka yang tidak mahu berubah mengikut perkembang teknologi.

2 comments:

  1. Sebagai guru kita perlu berusaha untuk mengatasi semua halangan demi untuk mempekasakan pendidikan dalam era tekonologi kini. Oleh itu ICT dapat membantu murid supaya tidak ketinggalan dari segi intelek mereka dengan rakan-rakan yang berada di negara maju.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

GUBAHANKU

GUBAHANKU